DISCLAIMER / PENGAKUAN / PENAFIAN


PENAFIAN UNDANG-UNDANG

SYARAT-SYARAT PERISTIWA TANGGUNGJAWAB KEANGGOTAAN DAN LIABILITI

Dengan mengikuti terma dan syarat berdasarkan kehadiran pendaftar dan melibatkan dalam acara, kursus dalam talian, langganan serta keahlian mahupun peluang pembelajaran yang dijalankan oleh “AGMA2u”. Dengan mendaftar dalam program ini pendaftar bersetuju dan akan mematuhi terma dan syarat. Jika Pendaftar mempunyai bantahan terhadap terma dan syarat maka tidak disarankan untuk mengikuti program.

PENAFIAN PENDAPATAN

AGMA2u berusaha dalam memberikan informasi tepat dari segi pembelajaran. Dengan mengikuti program ini tidaklah menjanjikan pendapatan yang serta merta tanpa pihak anda menjalankan sebarang kejayaan dari segi menerbitkan aplikasi, usaha anda sendiri. AGMA2u hanyalah bertujuan memberikan panduan sahaja. Segala Teknik yang diajar oleh AGAM2u adalah berdasarkan ramalan dan kajian yang telah Berjaya mendapat pendapatan dan bukanlah menjanjikan kejayaan anda  tanpa anda melibatkan usaha anda sendiri dalam memahami  serta diikuti tindakan.

PENAFIAN LIABILITI

Informasi laman web dibuatkan khas oleh AGMA2u, AGMA2u laman web adalah hak milik sepenuhnya AGMA2u (https://agma2u.com) dan tidak boleh diubah mana-mana pihak mahupun Pihak Ketiga, Affliate. AGMA2u hanya memberi panduan pada tahap Pemahaman AGMA2u. Sebagai seseorang yang mendaftar dalam program ini, risiko dan penilaian adalah tanggujawab anda sendiri, AGMA2u tidak bertanggujawab segala risiko yang diambil. AGMA2u hanya memberi program ini sebagai Panduan mengunakan Platform “APPSMILLION”, AGMA2u tidak akan bertanggungjawab sebarang kepincangan Platform “APPSMILLION”.

RAHSIA SERTA TIDAK BERSAING

Seseorang yang mendaftar harus memahami segala maklumat dan bahan-bahan, strategi, proses adalah rahsia, hak cipta, proprietary pada AGMA2u dan pendaftar bersetuju untuk tidak merekod, mengagihkan, meniru, atau mengajar melalui bahan program tanpa persetujuan AGMA2u. Jika didapati pengunaan tanpa kebenaran konsep proprietary, bahan serta harta intelek oleh anda ataupun wakil anda maka “AGMA2u”akan menggunakan hak untuk tindakan menyaman mengikut undang-undang Copyright Act 1987 (“Act”) dalam melindungi hak “AGMA2u”.

DASAR PRIVASI

Dengan mengikuti program ini, pendaftar sedia maklum dan bersetuju yang mereka termaktub dengan dasar privasi “AGMA2u”. Dasar privasi syarikat adalah sebarang informasi peribadi  pendaftar akan berkongsi dengan syarikat mahupun pekerja syarikat adalah dirahsiakan secara peribadi. Dengan itu nama pendaftar dan segala tentang pendaftar tidak akan disebar dengan syarikat lain ataupun agensi. Syarikat dalam kemungkinan akan berhubung dengan pendaftar untuk pemberitahuan produk yang akan menyusul, tetapi  kita menghormati hak peribadi anda jika dinyatakan bahawa jika kamu tidak hendak dihubungi.



Tarikh kemaskini terakhir: 8 May 2019