FAQ

Soalan dan jawapan yang paling kerap ditanya

AGMA itu merupakan singkatan nama untuk Alpha Graphic Mobile Apps Developer. AGMA menganjurkan kursus kemahiran dan teknik membuat aplikasi tanpa memerlukan sebarang coding atau programming.

Tekan dan di bahagian Pertanyaan berikan maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut supaya kami boleh hubungi anda untuk memberitahu jadual kelas kami dan tempat pembelajaran terkini.

Untuk pendaftaran dan subscribe Appsmillion, boleh rujuk laman web rasmi Appsmillion. Klik link untuk pendaftaran Appsmillion: www.appsmillion.comhttp://www.appsmillion.com/daftar/

Untuk mendaftar belajar sendiri secara online melalui kami, tekan “AGMA2u” dan pilih pelan anda untuk akses Video Tutorial serta PDF Tutorial 

Kamu hanya perlu 3 alat berikut: sediakan

  1. Telefon pintar,
  2. Internet dan
  3. Laptop atau PC

untuk menghasilkan sesebuah Aplikasi.

Laptop / PC yang disyorkan sekurang-kurangnya mempunyai 4GB RAM dengan 64-Operating System.

Segala email berkaitan dengan app development akan dihantar ke satu email  sahaja. Dengan ini, email penting daripada pihak google boleh didapati dengan mudah dan tidak terlepas pandang.

Jika ada berlaku apa-apa isu berkaitan developer akaun anda (akaun suspended), email peribadi anda tidak akan terjejas.

Mengawal spam e-mail daripada memenuhi inbox gmail peribadi.

 

Langkah 1:

Reka Nama Developer anda (Nama developer ini adalah nama yang akan kamu guna sebagai Mobile app developer kamu, yang akan terpapar di Google Play Store, disyorkan rekan nama developer yang unik dan kalau boleh jangan gunakan nama peribadi anda – anggap ini adalah nama syarikat developer anda.)

 

Langkah 2:

Buat akaun Gmail baru (menggunakan nama developer anda) Contoh: namadeveloper@gmail.com **Gunakan gmail ini khas untuk urusan apps sahaja. Supaya senang untuk memantau email-email berkenaan dengan apps anda.

 

Langkah 3:

Daftar akaun Admob (gunakan gmail yang baru anda buat). Selepas mendaftar Admob, pergi bahagian “payment settings” dan isi butir-butir penting terutamanya bahagian Postal Address (pastikan postal address anda betul dan tepat supaya surat daripada Google Adsense boleh sampai ke alamat anda untuk pengesahan akaun.)

 

Langkah 4:

Daftar dan buat Subscribe Akaun Appsmillion pilih pelan anda dan buat pembayaran bagi pengaktifan akaun. Sila saksikan video tutorial cara mendaftar dan pembayaran akaun Appsmillion.

Sekiranya kamu mendaftar dengan Alpha Graphic Mobile Apps Developer, sila gambar / screenshot resit pembayaran subscription Appsmillion anda dan hantar gambar tersebut dengan kami untuk rekod kami. Sila sertakan butir berikut kepada AGMA:

  1. Username
  2.  Email (yang digunakan semasa daftar akaun Appsmillion)

WhatApps kami di sini.

 
 
Langkah 5:
Daftar Google Developer Console (Pastikan guna gmail developer anda). Saksikan video tutorial cara mendaftar dan pembayaran akaun Google Developer Console.

Pelan Standard dan Pro daripada Agma2u memberi kelebihan terutamanya dari segi Online Support (mengikut tempoh pelan dalam terma & syarat) dimana pelajar Online akan dibimbing sekiranya terdapat masalah dari segi pembikinan reka grafik atau aplikasi mereka melalui Whatsapp Group Agma2u Online Support.

Tambahan, video tutorial cara-cara reka grafik atau bina aplikasi menggunakan Injin Appsmillion akan dimuat naik setiap bulan, dan para pelajar boleh menikmati cara-cara tutorial yang lain menggunakan Injin Appsmillion ini. 

Selain itu, pelajar boleh mengakses Agma2u Shop dimana kamu boleh membeli pelbagai jenis asset grafik untuk dimasukkan ke dalam Aplikasi anda. 

Untuk mengetahui Pelan ini sila rujuk https://agma2u.com/agma2u-package/ untuk mengetahui pakej yang disediakan.

Tempoh pembelajaran bergantung sepenuhnya daripada seseorang individu dalam memahami secara keseluruhan dari segi Reka Grafik, Pembikinan Aplikasi, Penerbitan serta isi kandungan yang terdapat dalam video-video yang disediakan serta nota PDF dan bahan-bahan tersedia. Pengumuman terkini dan video tutorial baru akan sentiasa dimuat naik setiap bulan melalui Agma2u. Ini hanya tertaluk kepada yang melanggan Pelan Standard & Pro.

Pelan Standard lebih kepada mengajar cara atau teknik reka grafik untuk membuat aplikasi menggunakan MS Publisher serta video tutorial cara-cara mengunakan Injin APPSMILLION. Manakala, Pelan Pro pula lebih kepada kategori e-learning iaitu Tips-tips mematuhi Google Policy, Admob Policy, pengetahuan tentang Google Trends, dan tips-tips lain berkenaan dengan aplikasi dan juga reka grafik aplikasi anda).

Sila rujuk pelan Agma2u di laman web kami untuk maklumat lebih lanjut.

Terdapat dua kaedah untuk pembayaran langganan Pelan Standard atau Pro,

Kaedah 1:

Tekan Daftar Ahli > pilih pelan anda > Standard atau Pro > isi butiran yang diperlukan dan membuat pembayaran menggunakan akaun anda PAYPAL atau DEBIT CARD anda.

Kaedah 2:

Pembayaran secara Online Payment Transfer (iaitu melalui CIMB BANK Akaun kami). Sila WhatsApp http://www.wasap.my/+60124932118 untuk mendapatkan maklumat no. akaun bank. Sila sertakan resit / screenshot resit pembayaran melalui whatsapp atau email kami ke admin@agma2u.com untuk pendaftaran dan langganan Ahli Agma2u.

Admob menggunakan akaun Adsense dan Google Ads untuk menguruskan beberapa ciri, seperti pengiklanan untuk App anda dan untuk mendapat pembayaran hasil daripada iklan yang terdapat dalam App anda. 

Anda boleh membuat pemantauan atau melihat perkembangan pendapatan anda dari segi anggaran pendapatan, jumlah per klik, Cost Per Clicks (CPC), Impression, Page Views dan lain melalui Admob. 

Semasa mengisi butiran dalam laman web admob, terutamanya bahagian maklumat surat-menyurat, sila isi dengan tepat supaya apabila pendapatan anda mencecah ke 10usd, Google Adsense akan menghantar surat kepada alamat anda untuk verifikasi akaun admob anda. Selepas itu anda boleh mengisi maklumat pilihan kaedah pembayaran dari Admob ke bank akaun anda.

Anda boleh mendapat pembayaran Admob terus ke bank akaun anda apabila anda berjaya mencapai 100usd treshold.

Perlu Bantuan? Sila ajukan soalan anda di sini.